Lima Elemen Humor dalam Ayurveda

Ayurveda merupakan sistem perubatan India yang telah diturunkan dari kitab suci Veda dan telah dikembangkan sejak 2000 tahun sebelum Masihi. Dalam bahasa Sanskrit, sistem ini dikenali sebagai Pancha Maha Bhuta (Pancha bermaksud Lima, Maha pula bermaksud besar, dan Bhuta bererti Elemen). (Kimmana Nichols, 2014) Ayurveda mempercayai bahawa lima elemen ini adalah Ether, Udara, Api, Air dan Bumi yang membentuk alam semesta serta tubuh badan manusia. (Aleysius H. Gondosari, 2009) Sistem lima elemen Ayurveda ini hanya sederhana dengan mempraktikkan keseimbangan dalam aspek kehidupan. Kelemahan dan kekuatan dlam diri dapat dikenalpasti melalui sistem ini dapat membantu menyeimbangkan diet serta gaya hidup. (Kimmana Nichols, 2014)

Lima sistem ini membentuk dasar-dasar kehidupan dan membuat perbandingan terhadap alam semesta. Sistem lima elemen Ayurveda ini menekankan keseimbangan pada tiga Doshas iaitu Vata (angin, semangat dan udara), patta (hempedu) and kapha (cecair dari badan). Kaedah rawatan biasanya melalui yoga, meditasi dan juga urutan badan. Hal ini dapat membantu dalam menjaga etika, kegiatan harian termasuk aktiviti seksual, penjagaan diet seimbang serta kebersihan diri. Perubatan Ayurveda menggunakan tumbuh-tumbuhan sebagai sumber ubat-ubatan.

Ether atau “akasha” dalam Bahasa Sanskrit, adalah elemen utama daripada lima elemen humor Ayurveda. Hal ini kerana ether merupakan yang paling halus, meliputi keseluruhan ruang di alam semesta. Ini disebabkan semua material di alam semesta mengandungi ether malah berkemungkinan setiap modifikasi material berasal daripada ether. Ether sering dirujuk sebagai “ruang” yang merupakan asas kepada kekosongan. Ether berasal daripada shabda iaitu mantra dalam bentuk bunyi. Bunyi mewakili seluruh spektrum getaran. Ether membantu memenuhi ruangan kehidupan dalam aspek fizikal dan emosi. (Dr. Marc Halpern, 1995)

Elemen yang seterusnya yang datangnya daripada ether merupakan udara, juga dikenali sebagai “vayu”. Elemen ini berprinsipkan pergerakan atau mewakili tenaga kinetik yang mewakili semua daya serta gerakan terbentuk daripada kuasa-kuasa. Elemen udara adalah titik awal di mana elemen mulai memiliki arah dan tujuan iaitu idea untuk bergerak dari satu arah ke suatu arah. Asal usul udara adalah daripada sparsha yang berkait rapat dengan sentuhan yang mana udara dan sentuhan tidak dapat dipisahkan. Udara bercirikan mudah mengalir, sejuk, ringan, kering, kasar, halus, tajam, jelas dan keras. Walaupun udara halus namun dapat dirasai melalui sentuhan. Dalam tubuh badan, udara adalah asas bagi semua tindak balas pemindahan tenaga. Udara amat penting untuk kestabilan diri sejurus mengawal pengaliran darah, pernafasan serta sistem saraf. Elemen ini juga membantu dalam menggerakkan tubuh badan.

Elemen yang ketiga merupakan api atau “agni” yang berprinsipkan transformasi dan metabolisme. Api berkuasa untuk mengubah sesuatu pepejal kepada cecair atau gas dan kembali semula ke bentuk asal. Dalam erti kata lain, api mempunyai kuasa untuk mengubah keadaan sesuatu bahan. Elemen api mewakili kapisiti haba dan cahaya. Api adalah penjana tenaga dalam badan seperti matahari yang merupakan penjana tenaga kepada bumi. Tenaga suria juga merupakan sumber kepada api. Proses pembakaran akan berlaku dengan membebaskan tenaga dari sumbernya. Api wujud dalam bentuk cahaya, haba panas, kering, kasar, halus, mengalir, tajam, jelas serta lembut. Udara membantu api dalam proses pembakaran. Dalam tubuh badan manusia, elemen api membantu dalam proses penghadaman makanan, meningkatkan metabolisme, menyihatkan kulit serta membakar lemak.

Selain itu, air atau “jala” berprinsipkan transportasi. Air merupakan pelarut universal kerana kemampuannya untuk melarutkan sesuatu bahan. Air adalah pelindung tubuh badan sebagai khasiat yang paling asas. Elemen air ini sejuk, stabil, berat, lembab, licin, kasar, mengalir dan lembut. Air amat penting dalam proses penghidratan tubuh badan, menstabilkan suhu badan serta mengekalkan kelembapan kulit. Semua kehidupan di bumi amat memerlukan air untuk hidup. Sebahagian besar tubuh badan manusia diperbuat daripada air termasuklah darah, limfa dan cecair-cecair lain.

Elemen yang terakhir ialah bumi atau “prithvi” dalam bahasa Sanskrit. Unsur bumi merupakan perkara yang kukuh dan struktur alam semesta. Bumi memberi bentuk tubuh badan manusia dan semua ciptaan. Semua unsur-unsur yang lahir daripada ether terkandung di dalam bumi. Dalam tubuh badan manusia, bahagian-bahagian seperti tulang, gigi, sel-sel dan tisu-tisu adalah manifestasi daripada bumi. Jadi, bumi merupakan elemen yang paling stabil. Bumi bercirikan padat, keras dan kasar.

Secara keseluruhannya,Ayurveda berfungsi berdasarkan petua daripada pelbagai bahan yang terkandung dalam sayur-sayuran, dan zat-zat mineral yang mempunyai khasiat perubatan yang tertentu. Khasiat perubatan dalam bahan-bahan tersebut di dokumentasikan oleh pengamal dan telah digunakan untuk mengubat penyakit dalam tubuh badan. Perubatan Ayurveda dihasilkan daripada ramuan herba dengan sendiri atau mengunakan kombinasi mineral lain untuk tujuan perubatan.

Kini, Ayurveda mula mendapat sambutan di negara barat namun kebanyakkan kajian mengenai Ayurveda dilakukan di India. Kajian menunjukkan perubatan ini berkesan dalam merawat banyak penyakit termasuk ketidakhadaman, masalah kulit dan ginekologi. Teknik Ayurveda dikatakan berkesan dalam membantu masalah sengau, sistem penghadaman yang lembap dan tekanan. Rawatan akan ditujukan untuk mengembalikan keharmonian ataupun keseimbangan kepada sistem badan dan minda.